5/11/2012

BAB 2 - BALIK KAMPUNG

                  "Kau da packing semua dah?"tanya Dolah."dah"jawab aku ringkas."oklah Dolah,Sepul, aku gerak dulu, janganlah sedih, aku pindah bukan jauh pun, dekat jer, anytime aku leh datang sini, halalkan makan minum aku, aku minta maaf kat korang kalau ada buat silap kat korang...jumpa lagi, terima kasih..."sambung aku lagi.
Kami berpelukan sebelum aku meninggalkan mereka...sedih gak nak tinggalkan umah bujang aku tu. Aku gerak meninggalkan mereka berdua, perjalanan aku adalah kekampung halaman aku, berseorangan memandu berteman kan radio ERA...Alhamdulillah perjalanan aku yang hampir dua jam selamat, aku selamat tiba di kampung halaman aku...Kelihatan diserambi rumah itu emak yang sedang menjahit...abah aku tak nampak pulak, mungkin kekedai gamaknya... "Assalamualaikum..."aku turun dari kereta dengan memberi salam... "waalaikumsalam" balas mak dengan menghadiahkan senyuman... hmmm...rindu aku kat mak... aku terus mendapatkan mak,mak pula bingkas bangun dari duduk simpuhnya dan meninggalkan jahitannya sebentar... "apo khabar mak?" loghat aku bertanya khabar sambil bersalaman dan mencium pipi mak... "Baik..."balas mak ringkas. Begitulah aku setiap kali pulang kekampung, mesti mencium pipi mak, kata orang ciumlah pipi ibubapa kita sendiri sementara meraka masih ada... "Abah mano mak?"tanya aku lagi.  "Ontah, poei kodai tadi, tak balik-balik lagi, boli lauk..." "Mak buek apo tadi, lapa lah...huhu" "Hmmm...nasi goreng pagi tadi ado laei, poei lah nengok..." balas mak. "apo tak minnum kek luar tadi.."tanya mak. "Sajo yo, maleh nak makan kek luar,maleh nak beghonti.."balas aku lagi. Aku terus kedapur melihat apa yang boleh dimakan.
                    Disinilah aku dibesarkan, sebagai anak Felda, aku mempunyai 5 orang adik beradik, aku yang ketiga.Along aku kerja di Melaka, akak pula di J.B, Adik perempuan aku masih belajar di Politeknik, Adek bongsu aku yang selalu aku buli, belajar di Maahad Tahfiz.Aku? Isnin depan baru nak melapor diri dekat sebuah kolej di Seremban. Selesai saja makan merangkap breakfast aku, aku terus ke kereta, mengeluarkan barang rumah bujang aku. Emak hanya memerhatikan saja dari jauh. "cubo beghonti ngisap rokok tu, ntah apo paedah eh ntah..."mak memulakan syarahannya sebaik saja melihat aku merokok. Aku hanya tersenyum.. "Semalam ujan ko kek sini?" balas aku cuba mengalihkan tajuk cerita mak. "hujan, lobek semalam, tu yang tak motong tu" balas mak. Kedengaran deruman motor kapcai abah dari jauh lagi. Dari jauh Abah tersenyum bila melihat aku sudah berada dirumah."Assalamualaikum." sapa aku."Walaikumsalam" balas abah, aku bersalam dengan abah. "Lamo sampai dah?" tanya abah. "Lamo lah jugak" balas aku. "Lamo boto poei boli lauk?" tanya mak kat abah. "Pegi pejabat sekojap tadi." balas abah lagi. "Apo lauk eh tu?" tanya mak. "ikan tenggiri, buat masak asam pedas lah" balas abah sambil memberi cadangan menu untuk tengahari nanti. Aku cuma memerhatikan sahaja dari jauh gelagat mak dan abah. Aku tersenyum sendirian. "Abang, potang karang anta mak dengan abah poei skolah adek kojap, dah lamo mak tak jumpo adek,lopeh tu karang kito poei jongok atuk dgn wan skali.." ajak mak ."yolah.." jawab aku ringkas. Itulah panggilan aku dalam keluarga ni 'ABANG'.
                     Pejam celik da dua hari aku habiskan masa dengan mak dan abah, aku jer yang balik minggu nih, yang lain tak balik. hmmmm...keluh ku sendirian....macam manalah rasanya kerja kat tempat bar...alah kau nih Fuad, macam tak pernah kerja kat tempat lain lak...bisik hati kecil ini. Dekat tempat lama macam - macam ragam manusia aku jumpa. Dekat sana juga lah aku mengenal erti kehidupan, mengenal erti sakit perit, dan disana lah juga aku mengenal erti kehebatan cinta....gila lah kalau diingatkan balik. Masih lagi aku ingat, perlumbaan pertama aku, menggigil jugak lah, masa tu terpaksa, asalnya saja jer nak tengok, akhirnya terjebak.  Kalau nak diikutkan aku ni mana lah berani sangat, tapi bila dh main 2 -3 game rasa seronok mula timbul. Pernah juga suatu ketika aku diajak bermain dilitar, secara halal. Tapi aku yang menolak...menolak tuah nama nya. Nak buat macam mana keputusan aku dah buat, terima aje lah. Seronok juga kalau jadi pelumba kereta ni, macam - macam kereta aku boleh try... hahahaa... Oh! ya! nak cerita pasal dia....lupa pulak... saat pertama aku bertemu dengan dia semasa aku tengah isi minyak kereta. Dalam masa yang sama dia pun mengisi minyak motorsikalnya, bersebelahan pam. Awalnya aku hanya tersenyum, dia membalasnya... tapi berakhir begitu sahaja... tiada apa ayat yang aku keluarkan. Selang beberapa hari aku jumpa dia lagi, tapi pada situasi yang berbeza, kali ni kami bertemu dia sebuah kedai runcit... rupa-rupanya wanita ini duduk di Taman rumah sewa yang sama pada ketika itu... kami berborak dan bertukar nombor telifon. Aku panggil sidia ajelah yek?? hehehe...nama dirahsiakan.hahaha... sejak dari hari itu lah kami mula rapat, rapat serapat- rapatnya... tapi masih lagi dalam kawalan... Pernah suatu ketika aku dijemput untuk hadir kemajlis rumah terbuka dirumah orang tuanya.... masa tu hari raya. Aku datang, berseorangan... hmmm  berani kan? cuma aku nih kurang mulut sikit, tak banyak cakap... kami berborak macam biasa.. setelah makan aku pulang kerumah... keesokan harinya aku datang menjemput dia untuk menghantar dia pulang bekerja. Dalam perjalanan sidia sempat beritahu saya, yang mama dia suka dengan sikap aku, berani gentleman... aku tergelak... tapi segalanya berakhir... bapa sidia tidak menyukai aku, disebabkan masa tu aku bekerja kilang . nak buat macam mana... aku terima segalanya....
                       "Apo laei yang dok monung tu!!" sergah mak dari belakang... "cakap nak balik..." sambung mak lagi..."Kojap laei lah mak, amek mood jap.." balas aku."Asar dah masuk dah, poei mandi, solat" mak menyambung perbualan." yolah...yolah..."balas aku bingkas bangun dari kerusi malas...memang malas betul kalau dah duduk kat kerusi tu.hahaha....Sebaik jer aku selesai solat asar, mak dah siapkan minum petang untuk aku. hmmm...tak terbalas rasanya jasa mak dengan abah kat aku... besar sungguh jasa mereka membesarkan aku... Terima kasih ya Allah kerana dikurniakan aku ibubapa yang cukup penyayang...Aku bersyukur."Pukul berapa nak balik?" tanya mak, "Kojap laei mak, tunggu abah balik dari masjid jap"balas aku. Selang beberapa minit abah balik dari masjid... aku tak berlengah lagi, salam kedua ibubapa aku kemudian terus jalan menuju destinasi.... SEREMBAN. Terngiang-ngiang lagi nasihat dan ingatan mak terhadap aku.. " Solat jangan lupa, mintak kat tuhan tu murah rezeki, kerja senang, jaga diri baik-baik, jangan buek perangai tak senonoh...Quran tu baca...."

rumah mak & abah.

                                                   

No comments:

Post a Comment