5/11/2012

BAB 2 - BALIK KAMPUNG

                  "Kau da packing semua dah?"tanya Dolah."dah"jawab aku ringkas."oklah Dolah,Sepul, aku gerak dulu, janganlah sedih, aku pindah bukan jauh pun, dekat jer, anytime aku leh datang sini, halalkan makan minum aku, aku minta maaf kat korang kalau ada buat silap kat korang...jumpa lagi, terima kasih..."sambung aku lagi.
Kami berpelukan sebelum aku meninggalkan mereka...sedih gak nak tinggalkan umah bujang aku tu. Aku gerak meninggalkan mereka berdua, perjalanan aku adalah kekampung halaman aku, berseorangan memandu berteman kan radio ERA...Alhamdulillah perjalanan aku yang hampir dua jam selamat, aku selamat tiba di kampung halaman aku...Kelihatan diserambi rumah itu emak yang sedang menjahit...abah aku tak nampak pulak, mungkin kekedai gamaknya... "Assalamualaikum..."aku turun dari kereta dengan memberi salam... "waalaikumsalam" balas mak dengan menghadiahkan senyuman... hmmm...rindu aku kat mak... aku terus mendapatkan mak,mak pula bingkas bangun dari duduk simpuhnya dan meninggalkan jahitannya sebentar... "apo khabar mak?" loghat aku bertanya khabar sambil bersalaman dan mencium pipi mak... "Baik..."balas mak ringkas. Begitulah aku setiap kali pulang kekampung, mesti mencium pipi mak, kata orang ciumlah pipi ibubapa kita sendiri sementara meraka masih ada... "Abah mano mak?"tanya aku lagi.  "Ontah, poei kodai tadi, tak balik-balik lagi, boli lauk..." "Mak buek apo tadi, lapa lah...huhu" "Hmmm...nasi goreng pagi tadi ado laei, poei lah nengok..." balas mak. "apo tak minnum kek luar tadi.."tanya mak. "Sajo yo, maleh nak makan kek luar,maleh nak beghonti.."balas aku lagi. Aku terus kedapur melihat apa yang boleh dimakan.
                    Disinilah aku dibesarkan, sebagai anak Felda, aku mempunyai 5 orang adik beradik, aku yang ketiga.Along aku kerja di Melaka, akak pula di J.B, Adik perempuan aku masih belajar di Politeknik, Adek bongsu aku yang selalu aku buli, belajar di Maahad Tahfiz.Aku? Isnin depan baru nak melapor diri dekat sebuah kolej di Seremban. Selesai saja makan merangkap breakfast aku, aku terus ke kereta, mengeluarkan barang rumah bujang aku. Emak hanya memerhatikan saja dari jauh. "cubo beghonti ngisap rokok tu, ntah apo paedah eh ntah..."mak memulakan syarahannya sebaik saja melihat aku merokok. Aku hanya tersenyum.. "Semalam ujan ko kek sini?" balas aku cuba mengalihkan tajuk cerita mak. "hujan, lobek semalam, tu yang tak motong tu" balas mak. Kedengaran deruman motor kapcai abah dari jauh lagi. Dari jauh Abah tersenyum bila melihat aku sudah berada dirumah."Assalamualaikum." sapa aku."Walaikumsalam" balas abah, aku bersalam dengan abah. "Lamo sampai dah?" tanya abah. "Lamo lah jugak" balas aku. "Lamo boto poei boli lauk?" tanya mak kat abah. "Pegi pejabat sekojap tadi." balas abah lagi. "Apo lauk eh tu?" tanya mak. "ikan tenggiri, buat masak asam pedas lah" balas abah sambil memberi cadangan menu untuk tengahari nanti. Aku cuma memerhatikan sahaja dari jauh gelagat mak dan abah. Aku tersenyum sendirian. "Abang, potang karang anta mak dengan abah poei skolah adek kojap, dah lamo mak tak jumpo adek,lopeh tu karang kito poei jongok atuk dgn wan skali.." ajak mak ."yolah.." jawab aku ringkas. Itulah panggilan aku dalam keluarga ni 'ABANG'.
                     Pejam celik da dua hari aku habiskan masa dengan mak dan abah, aku jer yang balik minggu nih, yang lain tak balik. hmmmm...keluh ku sendirian....macam manalah rasanya kerja kat tempat bar...alah kau nih Fuad, macam tak pernah kerja kat tempat lain lak...bisik hati kecil ini. Dekat tempat lama macam - macam ragam manusia aku jumpa. Dekat sana juga lah aku mengenal erti kehidupan, mengenal erti sakit perit, dan disana lah juga aku mengenal erti kehebatan cinta....gila lah kalau diingatkan balik. Masih lagi aku ingat, perlumbaan pertama aku, menggigil jugak lah, masa tu terpaksa, asalnya saja jer nak tengok, akhirnya terjebak.  Kalau nak diikutkan aku ni mana lah berani sangat, tapi bila dh main 2 -3 game rasa seronok mula timbul. Pernah juga suatu ketika aku diajak bermain dilitar, secara halal. Tapi aku yang menolak...menolak tuah nama nya. Nak buat macam mana keputusan aku dah buat, terima aje lah. Seronok juga kalau jadi pelumba kereta ni, macam - macam kereta aku boleh try... hahahaa... Oh! ya! nak cerita pasal dia....lupa pulak... saat pertama aku bertemu dengan dia semasa aku tengah isi minyak kereta. Dalam masa yang sama dia pun mengisi minyak motorsikalnya, bersebelahan pam. Awalnya aku hanya tersenyum, dia membalasnya... tapi berakhir begitu sahaja... tiada apa ayat yang aku keluarkan. Selang beberapa hari aku jumpa dia lagi, tapi pada situasi yang berbeza, kali ni kami bertemu dia sebuah kedai runcit... rupa-rupanya wanita ini duduk di Taman rumah sewa yang sama pada ketika itu... kami berborak dan bertukar nombor telifon. Aku panggil sidia ajelah yek?? hehehe...nama dirahsiakan.hahaha... sejak dari hari itu lah kami mula rapat, rapat serapat- rapatnya... tapi masih lagi dalam kawalan... Pernah suatu ketika aku dijemput untuk hadir kemajlis rumah terbuka dirumah orang tuanya.... masa tu hari raya. Aku datang, berseorangan... hmmm  berani kan? cuma aku nih kurang mulut sikit, tak banyak cakap... kami berborak macam biasa.. setelah makan aku pulang kerumah... keesokan harinya aku datang menjemput dia untuk menghantar dia pulang bekerja. Dalam perjalanan sidia sempat beritahu saya, yang mama dia suka dengan sikap aku, berani gentleman... aku tergelak... tapi segalanya berakhir... bapa sidia tidak menyukai aku, disebabkan masa tu aku bekerja kilang . nak buat macam mana... aku terima segalanya....
                       "Apo laei yang dok monung tu!!" sergah mak dari belakang... "cakap nak balik..." sambung mak lagi..."Kojap laei lah mak, amek mood jap.." balas aku."Asar dah masuk dah, poei mandi, solat" mak menyambung perbualan." yolah...yolah..."balas aku bingkas bangun dari kerusi malas...memang malas betul kalau dah duduk kat kerusi tu.hahaha....Sebaik jer aku selesai solat asar, mak dah siapkan minum petang untuk aku. hmmm...tak terbalas rasanya jasa mak dengan abah kat aku... besar sungguh jasa mereka membesarkan aku... Terima kasih ya Allah kerana dikurniakan aku ibubapa yang cukup penyayang...Aku bersyukur."Pukul berapa nak balik?" tanya mak, "Kojap laei mak, tunggu abah balik dari masjid jap"balas aku. Selang beberapa minit abah balik dari masjid... aku tak berlengah lagi, salam kedua ibubapa aku kemudian terus jalan menuju destinasi.... SEREMBAN. Terngiang-ngiang lagi nasihat dan ingatan mak terhadap aku.. " Solat jangan lupa, mintak kat tuhan tu murah rezeki, kerja senang, jaga diri baik-baik, jangan buek perangai tak senonoh...Quran tu baca...."

rumah mak & abah.

                                                   

5/08/2012

BAB 1 - AKU

                 Macam biasa, pagi Isnin...oohhh....perkara yang paling malas aku hadapi,hahahaha...."i hate monday" dengus hati kecil ini..."nak tak nak aku kene kerja juga beb","Hah!!apa lagi dok guling-guling itu, mandi cepat,kang mengamuk pulak Jepon tu!" teriak Dolah house mate aku merangkap aku punya P.A, hehehehe! "Yelah! jap lagi lah..." balas aku..."yelah...yelah...dari tadi aku dengar ayat tu, tapi tak bangun bangun juga..."bebel Dolah lagi.hmmm....Sepantas kilat aku bangun sebab kedengaran enjin motor Dolah dihidupkan...apalagi...mandilah...jam menunjukkan pukul 07:20 pagi....
                "Dah, jom!" ajak Dolah setelah melihat aku tercegat depan pintu.Begitulah aku dan Dolah sering bergilir kenderaan bila pergi kerja,kalau kerja malam atau on call aku bawa kereta aku sendiri...hari siang nih,malas nak bawak kereta sbb jamed...Kami berempat menyewa, sorang bekerja di syarikat yang lain,akuantan,nama dia Saiful,dan sorang lagi Deris, budak Kelantan,dia bekerja syif...Sampai jer kat kilang aku dok punchcard,lepas tu terus dok lepak kat cafe kilang,pekena teh tarik hambar pak lebai...."Fuad san!" kedengaran Penyelia Jepun memanggil nama aku, aku menoleh kearahnya..."yes,what can i do for you?"jawab aku ringkas,"machine trouble,come.."balas Mr.Tori. Aku mengekor dari belakang...aku tinggalkan Dolah dekat cafe, sambil bagi isyarat tolong bayar...hehehe...
                         Check, servis,pasang balik kemudian running mechine semula...buat report..."Lah, aku mungkin last minggu nih,jangan bagi tahu sesiapa, aku da dapat offer kat tempat lain..."aku memulakan cerita, "kau betul ker nih?"tanya Dollah..."betullah..."balas aku ringkas. Kebetulan Zairal terdengar perbualan kami,"Ooooo...nak berhenti kerja senyap-senyap ek?"tegur Zairal dari belakang..."hahaha....mana ada Ral..." balas aku lagi."Cakaplah...kau dapat offer kat ner...aku janji tak bagitahu orang lain...boleh aku ikut sekali nanti.."desak Zairal.Aku tersenyum sambil menjawab"Haah Ral,aku da nak berhenti, aku dapat offer mengajar kat kolej" balas aku."OOoooo...kau ni pandai sebenarnya kan?kau cakap ada PMR jer kan..?"balas Zairal lagi. Aku hanya mampu tersenyum kemudian aku memandang Dolah dan ketawa....Zairal adalah senior aku kat syarikat Jepun tu.
                       Jam tepat menunjukkan pukul 05:00 petang,"Dolah, kita balik lewat sket ek?aku ada report nak kene siapkan..."jerit aku kat Dolah yang tengah leka buat kerja."ok!" jawab Dolah ringkas. Aku terus masuk office menyiapkan report. Tepat pukul 06:00petang, aku dan Dolah bersiap untuk balik."Wei...malam ni ada game tak?"tanya Dolah, "game apa lah ari Isnin nih!!" balas aku sambil ketawa.hahahaha....Sampai jer kat rumah aku terus mandi, then lepak kat depan T.V,"balik jer tido" tegur saiful yang baru jer balik dari kerja,"bukan tidolah beb, ini namanya bermimpi, hahahaha!!" balas aku sambil ketawa...."Pul, ada beli paper x?" tanya aku."Ada, dalam raga motor aku, pegilah ambik!"lantas aku terjus bangun,bagus gak ada si Sepul nih, jimat duit paper aku. "Ad, jadi ker kau bungkus hujung minggu nih?da fikir masak-masak?"tegur sepul memecah kesunyian."Yup,Jadi kot..."balas aku,"nak berubah angin lah...busuk asyik main minyak jer Pul...hahhahahaha..."balas aku sambil memandang Dolah...kami semua ketawa...
                                Malam pun menjelma....masing-masing dahj bersiap nak pergi makan malam,macam biasa kereta aku menjadi mangsa,sebab dalam rumah tu cuma aku dan deris jer yang berkereta, Deris pula sibuk dengan awek dia,pagi petang siang malam,kalau tak bekerja...asyik berkepit jer...dah hukum wajib kawen da si Deris tu,tp tak pa, janji bayar sewa...hehehehe...pada kebiasaannya cuma kami bertiga aje yang keluar makan bersama,Melepak kat kedai makan sampai pukul 11:00malam,balik rumah sambung lagi menonton TV. Dolah dah duduk dalam bilik,apalagi telifon awek dia kat kampung.Aku dok tengok TV dengan Sepul.Bilalah aku nih nak ada teman macam diorang...hmmm...tak pe lah Fuad...sabar jerlah...ada nanti tu....bisik hati ini. Entah pukul berapa aku tido pun tak tahu...sedar - sedar dah pagi...Macam tu lah aku seharian,kalau takde emergency case kat kilang aku lena sampai pagi,kalau tak...hmmm...lebam bijik mata aku tangok mesin tu.Kat sini itu jer lah keluarga aku, kecuali malam minggu, kaalu ada yang bukak game, macam biasa kene raider...Kalau kat bengkel...hmmm...macam manusia aku jumpa.kat sana juga lah aku kenal Black,Joe, Din, dan ramai lagi...semua kaki lumba kereta.Malam minggu yang sudah team menang , main dengan entah team mana entah,aku raider...tapi bukan pakai kereta aku, kereta aku standard jer,kecuali emergency....Entah macam mana aku boleh terjebak dengan dia orang nih...teruknya...ganja,arak perempuan perkara biasa bagi mereka,Aku??hahaha...ishh...jangan lah..raider tak boleh ambil semua tu, bahaya ketika memandu. Dengan mengambil benda haram jadah tu semua ada kesan sampingan keatas otak kita kelak...beringat sebelum kene. Entahlah hidup...hidup...macam - macam ragam manusia nih...dalam masa yang sama aku ada menyimpan perasaan kat sorang minah nih...lemah lembut tutur katanya,sopan,cantik,tapi aku takut...hahahaha....takut yer....haahhaha.....
 
( Bersambung...tunggu jelah kalau ada BAB-2 ...yang nih amacam? ada komen?komen kat FB jer lah ek??)

5/07/2012

SUKAN DOUBLE 'A'

Gelagat kanak-kanak ketika bersukan.... ( Along & Adek )/ ( Akid & Ariq )



































5/06/2012

BILA NAK SAKSI(SPIDER)


Wajah mu kerap ku mimpi
Wajah mu sering ku puja
Buatku terasa sepi
Kala ku bukakan mata
KAU MASIH BELUM PUN KU PUNYA
Rinduku masih kau tak peka
Cinta mu kerap ku mimpi
Cintamu sering ku damba
Buatku terasa sedih
Kala ku bukakan mata
Kau masih belum pun kudakap
Rinduku masih kau tak singkap
BILA NAK SAKSI KAU DATANG TERKULAI
BILA NAK SAKSI KAU DATANG MEMBELAI
BILA NAK SAKSI CINTAKU SAMPAI
Dirimu kerap ku mimpi
Dirimu seringku khayal
Aku angan-angankan kau dapat bersama
Nyatakan cinta yang terpendam
Membina istana tersergam
Bila nak saksi kau datang terkulai
Bila naksaksi kau datang membelai
Bila nak saksi cinta ku sampai
Kau masih belum pun ku punya
Rinduku masih kau tak pegang

Bila nak saksi kau datang terkulai
Bila naksaksi kau datang membelai
Bila nak saksi cinta ku sampai
Bila nak saksi......CINTAMU KU GAPAI....
Dirimu kerap ku MIMPI
Dirimu seringku KHAYAL
Aku angan-angankan...


Kadang -kadang impian , harapan dan cita - cita membuatkan kita terasa lebih semangat untuk teruskan kehidupan, dan apabila ia hancur dan berkecai maka ramailah yang akan kecewa...dengan usaha yang kita ada sekarang berbaloikah kita untuk mengjar impian kita....
Percaya dengan apa yang kita lakukan,percaya lah juga manusia itu sentiasa diberikan peluang ke-2, bagi sky,peluang kedua itu adalah kesempatan yang terbaik untuk perbaiki kesilapan yang kita lakukan...seumpama mati hidup semula....adilkan untuk semua...
Terlalu berserah pada takdir jangan sesekali kita lakukan...usaha dahulu jangan mudah mengaku kalah...
berikan peluang untuk diri sendiri, kenapa perlu difikirkan orang lain,bukanlah mementingkan diri sendiri,
kadang - kadang bila kita lakukan sesuatu untuk menghargai orang lain sampai kita lupa pula dengan diri kita ini, lupa dengan impian kita, lupa dengan cita2 dan cinta....
Selalu sky ingatkan diri ini, sebelum sky MENUTUP MATA... lakukanlah sesuatu yang kita impikan, paling tidak pun biarlah dapat merasakan apa dia impian, harapan, dan cita-cita kita....
Cukuplah dari sky buat kali nih untuk semua...
ApakaH IMPIAN DAN HARAPAN ANDA?? jangan menoleh lagi... GO FOR IT!!! Arios Amigos!!!
:-((