Alhamdulillah, syawal yg kita lalui sudah pun menghampiri penghujungnya...tanpa kita sedari, mesti berbagai cerita yg dapat kita kongsi bersama, ada yang setahun mmg tak balik, berkumpul satu family, tak kiralah keluarga kita nih besar atau kecil, sama sahaja....
apa yang penting dibulan syawal ini kita berkunjung-kunjungan dan merapatkan lagi silaturrahim sesama kita, bermaaf-maaf atas dosa-dosa lalu yang pernah kita lakukan, dalam kita sedar atau pun tak sedar kita dah melukakan orang lain...kadang-kadang sewaktu kita bergurau pun tanpa disedari ada sahabat kita terasa hati, kemaafan yang dilafazkan mestilah dari lubuk hati yang ikhlas, dan bukannya hanya di lidah lembut dibibir mesra, itu maknanya tiada keredhaan yang akan kita dapati, tak berniat pun nak menulis panjang lebar disini, sekadar renungan kita bersama dan juga untuk peringatan buat diri saya juga...success selalu.... :-))
(sedikit lakaran pada lebaran yang lepas buat semua)